Hololive Production

Hololive Production (Bahasa Jepun: ホロライブプロダクション, translit. Hororaibu Purodakushon) ialah sebuah syarikat agensi YouTuber maya Jepun yang diketuai oleh COVER Corporation. Hololive pada awalnya beroperasi di Jepun, kemudian memperluas wilayah operasinya ke China, Indonesia dan seterusnya melebarkan saya ke dunia Barat (golongan berbahasa Inggeris),[1] di bawah cawangan luar negaranya, Hololive China (CN), Hololive Indonesia (ID), dan Hololive English (EN). Secara lazimnya, para YouTuber maya Hololive akan melakukan penstriman langsung secara harian, biasanya melibatkan permainan video. Selain Hololive itu sendiri, syarikat Cover turut merangkumi Holostars, versi lelaki Hololive dan INoNaKa Music, label rekod yang dikhususkan buat para YouTuber maya.[2]